Already Registered User Manual
TESTIMONI ALUMNI UIS


DUNIA UIS
Di sini tenaga profesional muslim dilahirkan. KUIS sebagai peneraju tradisi ilmu, merupakan sebuah institusi yang mengutamakan pembentukan peribadi ke arah jiwa yang mukhlis, mukmin yang mengabdikan seluruh diri dan hidupnya kerana agama, dan muslim yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa. KUIS sentiasa penyajikan pendidikan holistik  berfokus kepada pembangunan sahsiah, bi'ah solehah, khidmat ummah, qudwah hasanah, kecemerlangan akademik, dan pembentukan insan taadib.

AINA MASYITAH BINTI BAHRI

KEPUASAN DALAM MENYAMBUNGKAN PENGAJIAN DI KUIS
Saya berasa amat berpuas hati apabila menyambungkan pengajian di KUIS kerana KUIS merupakan institusi yang menyediakan pelbagai kemudahan dan menjaga personaliti sebagai seorang muslimah yang berjaya. Saya rindu & sayang KUIS! Semoga KUIS lebih maju dalam mencapai visi dan misi iaitu melahirkan generasi Ulama' dan Umara'.

NUR AQILAH BINTI ROSMAAIN

LIFE AT UIS
UIS merupakan kampus pengajian yang menitik beratkan Biah Solehah kepada semua pelajar. Suasana yang dipenuhi dengan Majlis Ilmu memberikan ruang buat para pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan 
 di luar dewan kuliah.  Sejujurnya, UIS mengajar mahasiswa untuk terus menerus mengejar ilmu duniawi tetapi tidak dilupakan pentingnya belajar tentang ilmu akhirat yang menjadi saham buat kita semua di akhirat kelak.

SHARIFAH NOR NAZIHAH ERISYA BINTI SYED MUHAMMAD NAZIR

MAHASISWA ONLINE
Universiti Islam Selangor tempat kami berkenalan dan menjadi sahabat walaupun menimba ilmu di alam online, But UIS The Best.